15.12.09

Nasib Sekeping Kertas

Posted by Baby at 9:07 PM 1 comments

Beginilah nasib sekeping kertas di suatu petang…..Bb sufi telah beraksi dengan jayanya….habis hancur kertas papa dikerjakannya….saksikan..detik-detik cemas…

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Seat Car Bb Sufi....

Posted by Baby at 7:48 PM 0 comments

Wah…..semuanya bb sufi dah ada…x nie mama belikan bb sufi seat car,senang sikit bb sufi nak g jalan2,bb sufi suka sangat naik kereta mama g jalan2,biasanya mama dan papa selalu bawa bb sufi bercuti….so perjalanan pun jauh jaraknya,bila dh ada seat car tak da lah bb sufi nak ganggu papa dan mama..

Image Hosted by ImageShack.us

Dah makin besar anak teruna mama dan papa nie....Handsome



Sufi Dan Kereta.........

Posted by Baby at 7:02 PM 0 comments

Lama rasanya bb sufi tidak menulis dan update blog ini,rasanya semcm blog terpencil tanpa berita-berita semasa,disaat bb sufi sedang membesar.Insyaallah bb sufi akan mulai menulis hari demi hari untuk tatapan semua.

Episod kali ini…..bb Sufi dan kereta Stroller ( mama yang hadiahkan.time tu umur bb sufi dalam 4 bulan )Jom layari picture bb sufi dengan strollernya.

Image Hosted by ImageShack.us

Bergaya tak bb sufi

Image Hosted by ImageShack.us

Seronoknya........yeah ha

Image Hosted by ImageShack.us

Peace....papa

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

enjoy sumer.....




24.11.09

Perutusan Khas Aidiladha 2009

Posted by Baby at 10:51 PM 0 comments
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Buat semua rakan-rakan blogger dan pengunjung-pengunjung babysufi,Mana-mana yang balik kampung,hati-hati ketika dijalan raya,..

7.11.09

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Posted by Baby at 10:24 AM 0 comments
Ini adalah STICKY MODE menggunakan gam kasut gajah dan akan berada di atas ini sehingga
17 November 2009..for new entry, please scroll down yerr..

Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009


TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!

Image Hosted by ImageShack.us

31.10.09

Baby Sufi...

Posted by Baby at 11:36 PM 0 comments

Lama Rasanya tak upload pic bb sufi sejak ahkir-ahkir ini.maklumlah papa sibuk tolong mama dalam bisnes internet.Bagi mengubat kerinduan,papa upload pic yang sempat papa snap..

Image Hosted by ImageShack.us



18.10.09

Metro 18-Okt-2009

Posted by Baby at 4:32 PM 0 comments

Anak haram bercambah

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

31.8.09

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Posted by Baby at 11:35 AM 1 comments

Looking for Beautiful Prince and Princess

mommy_zara

syarat2 utk join contest ni:

1. jd follower Mommy_Zara 2. sila add banner di atas pada sidebar.. 3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah.. 4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri 5 sila nyatakan bila gambar diambil. 6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...
*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..
contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

nama baby : sufi syahmie

Umur : 2 bulan 18 hari

Picture nih di snap pada 20 Ogos 09...selepas selesainya majlis bercukur bb sufi,pada waktu n ketika ini my baby berusia 2 mth 9 days...istimewa nyer picture nih memang candid n mase tuh my bb sufi seronok coz kepala dah tak da rambut,tentu bb sufi rasa ringan semacam je kepala,dan yang paling cute n seksi bila baju bb sufi terbuka.hehe buat kami geram saja.

picture nie lak,masa bb sufi nak pergi KFC dekat Giant Kuantan,masa tu umur baru 1 bulan 5 hari ( dah pandai jalan-jalan )Jangan bila besau nanti kuat berjalan dah ler..(hehe)

sekian

30.8.09

Majlis Cukur Jambul

Posted by Baby at 3:58 PM 2 comments

MAJLIS CUkUr JAMBUL BABY SUFI

21 OGOS 2009

Majlis cukur jambul baby sufi telah selamat diraikan setelah hampir sebulan tertangguh,Majlis berlangsung jam 0700h di rumah atuk ,Kehadiran jemputan dikalangan rakan-rakan atok pa dan jemaah surau seramai 25orang menggamati pagi yang indah ( maklumlah esok,22 ogos 2009 dah nak start puasa..).Majlis Di mulai dengan imam memberi baby sufi makan manisan( hasil campuran kurma,air zam-zam,garam,asam keping ++lupa dah yang lain ) .Bukan main seronok baby sufi dapat merasai manisan.Selepas itu,majlis di teruskan dengan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,baby sufi diarah 3 x pusing oleh papa mengelilingi hadirin.Dan ahkir sekali siding hadirin di jamu dengan nasi “berlauk”yang tok ma sediakan..







Coretan Balik Kampung

Posted by Baby at 3:40 PM 0 comments

Coret-coret perjalanan balik kampong

atuk ma & atuk pa

20hb Ogos 2009 ( 19:00h )

-kami bergerak dari tudm kuantan dengan di iringi doa agar semuanya lancer,maklumlah lama tak jalan jauh,bb sufi semcm dah,Nampak mcm tak sabar nak jumpa atuk

20hb ogos 2009 ( 19:30H )

-mula masuk jalan “bypass”,perjalanan lancar.papa makin laju tekan minyak,tetiba kereta kehabisan minyak,nasib baik masa tu jalan menurun dan pam minyak lebih kurang 500meter saja,kalau tak masak papa.mama dah mula membebel….huhu,papa bajet sempat sampai pam ( tangki meter rosak da…)

20hb ogos 2009 ( 20:00H )

-Mula bergerak perlahan-lahan,maklumlah first time balik ikut jalan kuantan-kt-jerteh,

20hb ogos 2009 ( 21:00H )

-melepasi Bandar kemaman,seterusnya menghala ke kuala Terengganu.bb sufi ok je kat belakang dengan mama.sekali sekala minta di angkat .

20hb ogos 2009 ( 22:00H )

-tiba di rantau abang,ingat nak behenti makan,tapi perut lum sedia lagi,teruskan perjalanan.bb sufi,tido kegembiraan,

20hb ogos 2009 ( 23:30H )

-mula masuk Bandar k.terengganu,teruskan perjalanan

21hb ogos 2009 ( 00:30H )

-melalui kerteh,last papa Nampak signboard “TUdm gong kedak”.alangkah best bb sufi kalau papa kerja kat situ,hari-hari boleh balik kg atuk.

21hb ogos 2009 ( 01:00H )

-tiba pecan machang-dah tak lama lagi nak sampai,bb sufi dan mama masih tido kepenatan.

21hb ogos 2009 ( 01:30H )

-sampai kat rumah atuk…..

Salam Ramadhan

Posted by Baby at 3:10 PM 0 comments

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

Rasanya sudah lama bb sufi tak update blog,maklumlah bb sufi dalam proses pembesaran,sepanjang bb sufi tak update blog banyak pengalaman yang bb sufi dapat,yang paling best “bb sufi balik kampong jumpa Tok Ma dan Tok pa,Tok nek dan pak cik,mak cik.Seronok sangat rasa dapat berjalan jauh.Cian papa kena drive sampai 6-7jam..Apapun dah memang tugas papa ( hehe ).

13.8.09

2 Bulan Sudah...

Posted by Baby at 9:45 PM 0 comments

13 OGOS 2009

Genaplah umur baby sufi 2 Bulan,mcm tak percaya,bb sufi makin membesar dan membesar..syabas bb sufi,sekarang bb sufi dah pandai main,menegur papa dan mama,yang paling best,botol kalau boleh 24jam melekat kat mulut pun tak pa..Anaku..makin pandai nie…Papa dan mama doakan bb sufi akan terus ceria dan sihat..tak sabar papa dengan mama nak tengok bb sufi dapat berjalan lak…tentu best kan.

11.8.09

Bb Sufi Meniarap Lagi

Posted by Baby at 10:13 PM 1 comments

BB sufi belajar meniarap semula setelah seminggu bercuti.

Tarikh Kejadian : 11 OGOS 2009

Umur : 1 bulan 4 minggu 1 hari


<

Mimpi moon....

Posted by Baby at 9:53 PM 0 comments

Inilah aksi yang sempat papa rakam,aktiviti ini berlangsung masa bb sufi menyusu untuk tidur dalam buaian..sekali papa tengok dah botol tergolek atas muka bb sufi..apa pun layanz…

Tarikh kejadian : 09 Ogos 2009

2.8.09

Vote For Giveaway

Posted by Baby at 1:30 PM 0 comments


Msej untuk

rakan

Blogger

PENCARIAN MY CUTE LIL PRINCE & PRINCESS TELAH PUN BERMULA

MARI MENGUNDI UNTUK BABY SUFI


Caranya : Klik Link Sini Dan Taip " VOTE B11"

undian bermula 01-07 Ogos 2009

Tq pada yang mengundi...

1 undi untuk 1 blogger sahaja....,semoga baby sufi berjaya..

1.8.09

Tahniah....bb sufi

Posted by Baby at 8:35 PM 0 comments

Tahniah…..

Papa dengan Mama ucapkan …bb sufi dah Berjaya meniarap dengan sendirinya pada 28hb Julai 09…Baru 1 bulan 2 minggu dah pandai…syabas bb sufi..



Gift Untuk Bb Sufi

Posted by Baby at 7:48 PM 0 comments

Salam to all,

Salam to all,

Lama rasanya bb sufi tak update blog,masa tak mengizinkan…kali nie bb sufi nak siarkan yang bb sufi dapat hamper dari tempat kerja papa.. dan bb sufi jugak dapat hadiah dari ibu aiman,thanks auntie..bertambahla koleksi hamper bb sufi..

Dari ibu aiman :-)
Hamper dari Office Papa

23.7.09

MAMA_AQISH GIVEAWAY

Posted by Baby at 10:16 PM 0 comments

“Tarikh penutupan contest dah semakin hampir....dan mama mungkin akan menutup penyertaan lebih awal.....ape2 pun mama akan inform & update untuk makluman semua.....berikut adalah senarai blogger2 yang memasuki contest yang mama anjurkan”

Kredit to : http://damiaqish.blogspot.com

21.7.09

GIVEAWAY JUL 2009

Posted by Baby at 8:33 PM 1 comments
THIS ENTRY IS STICKY MODE

1. ADD URL Link Mama di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://damiaqish.blogspot.com/ & link semula url mama pasal contest ni & tepek as a banner di blog masing2....

2. Contest ni terbuka untuk semua Baby Boy & Girls yang berumur dari 1 bulan sehingga ke 1 tahun saje....( yang lahir tahun 2008 & 2009 je)

3. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah

4. Sila upload sekeping gambar saje k....& sertakan sekali dengan nama & tarikh lahir anak anda

5. Sila pastikan entry mengenai contest ini dijadikan sebagaiSTICKY MODE di blog anda & sape yang paling banyak wat komen kat Blog mama ni (tak kira entry mana pun)akan mempunyai peluang cerah untuk menang (kira advantage la).....

6. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & anak anda di entri ini.....

Anda perlu menjawab DUA soalan iaitu :

1. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??

2. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish? (soalan ini direka bagi menguji peserta sejauh mana dia tau pasal blog mama_aqish ni)

My Lil Prince

Name of My Lil Prince : Sufi Syahmie Mohd Shukri

Date of Birth: 13 june 2009

Age : 1 Months 1 week old

Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??

*Pertama : Bb sufi cute coz,bb sufi ada lesung pipit kiri dan kanan,sekali senyum….cair mama dan papa serta juri contets nanti

*Kedua : First time Bb sufi join contets…..Kiranya di nobatkan sebagai juara bb sufi amat menghargai kerana blog bb sufi 100% jalan cerita kehidupan bb sufi

Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish? (soalan ini direka bagi menguji peserta sejauh mana dia tau pasal blog mama_aqish ni)

-Blog catatan kehidupan peribadi seperti mana-mana blog umum yang lain.,mempunyai peminat yang tersendiri,gemar anjurkan contest untuk rakan-rakan blogger.

Sufi Jalan-jalan

Posted by Baby at 6:25 PM 0 comments

Sabtu 18 Jul 2009
-Bb sufi sempat lagi jalan2 kat KFC Giant Kuantan,bosan katanya dok kat rumah,aysik dengar enjin Kapal terbang saja..so Papa dan mama bawalah bb sufi keluar..hehe ayat sedapnya ( padahal bb yang tua nak keluar sebenarnya..hehe ) Lama rasanya tak keluar bandar,rasa best gak..Papa aysik snap gambar saja..layan









16.7.09

Buai...laju..laju

Posted by Baby at 12:37 AM 0 comments
BB sufi dah pandai tidur dalam buai sekarang....nak bergoyang saja..tapi bila mlm saja lah,best kan kawan2.Inilah Foto buai kesayangan bb sufi...cuba teka sape yang buat..???buat sendiri tau.

15.7.09

Baby Sufi "Shopping"

Posted by Baby at 10:03 PM 0 comments
Isnin : 13 jul 2009
Mama & papa bawa bb sufi jalan2 kat tesco,bb sufi dengar,papa nak belikan "kereta Roda"..hehe bestnya nanti..Papa sempat snap beberapa gambar.saksikan
BB sufi dalam dakapan mama
Malu la papa,aysik tangkap gambar je...
Pose dari bb sufi.....


Sudah sampai la mama.....bb sufi pilih ya
yang tu cantik mama........
tu pun cantik gak..mama
 

Idola Mama Dan Papa Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez