31.8.09

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Posted by Baby at 11:35 AM 1 comments

Looking for Beautiful Prince and Princess

mommy_zara

syarat2 utk join contest ni:

1. jd follower Mommy_Zara 2. sila add banner di atas pada sidebar.. 3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah.. 4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri 5 sila nyatakan bila gambar diambil. 6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...
*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..
contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

nama baby : sufi syahmie

Umur : 2 bulan 18 hari

Picture nih di snap pada 20 Ogos 09...selepas selesainya majlis bercukur bb sufi,pada waktu n ketika ini my baby berusia 2 mth 9 days...istimewa nyer picture nih memang candid n mase tuh my bb sufi seronok coz kepala dah tak da rambut,tentu bb sufi rasa ringan semacam je kepala,dan yang paling cute n seksi bila baju bb sufi terbuka.hehe buat kami geram saja.

picture nie lak,masa bb sufi nak pergi KFC dekat Giant Kuantan,masa tu umur baru 1 bulan 5 hari ( dah pandai jalan-jalan )Jangan bila besau nanti kuat berjalan dah ler..(hehe)

sekian

30.8.09

Majlis Cukur Jambul

Posted by Baby at 3:58 PM 2 comments

MAJLIS CUkUr JAMBUL BABY SUFI

21 OGOS 2009

Majlis cukur jambul baby sufi telah selamat diraikan setelah hampir sebulan tertangguh,Majlis berlangsung jam 0700h di rumah atuk ,Kehadiran jemputan dikalangan rakan-rakan atok pa dan jemaah surau seramai 25orang menggamati pagi yang indah ( maklumlah esok,22 ogos 2009 dah nak start puasa..).Majlis Di mulai dengan imam memberi baby sufi makan manisan( hasil campuran kurma,air zam-zam,garam,asam keping ++lupa dah yang lain ) .Bukan main seronok baby sufi dapat merasai manisan.Selepas itu,majlis di teruskan dengan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,baby sufi diarah 3 x pusing oleh papa mengelilingi hadirin.Dan ahkir sekali siding hadirin di jamu dengan nasi “berlauk”yang tok ma sediakan..







Coretan Balik Kampung

Posted by Baby at 3:40 PM 0 comments

Coret-coret perjalanan balik kampong

atuk ma & atuk pa

20hb Ogos 2009 ( 19:00h )

-kami bergerak dari tudm kuantan dengan di iringi doa agar semuanya lancer,maklumlah lama tak jalan jauh,bb sufi semcm dah,Nampak mcm tak sabar nak jumpa atuk

20hb ogos 2009 ( 19:30H )

-mula masuk jalan “bypass”,perjalanan lancar.papa makin laju tekan minyak,tetiba kereta kehabisan minyak,nasib baik masa tu jalan menurun dan pam minyak lebih kurang 500meter saja,kalau tak masak papa.mama dah mula membebel….huhu,papa bajet sempat sampai pam ( tangki meter rosak da…)

20hb ogos 2009 ( 20:00H )

-Mula bergerak perlahan-lahan,maklumlah first time balik ikut jalan kuantan-kt-jerteh,

20hb ogos 2009 ( 21:00H )

-melepasi Bandar kemaman,seterusnya menghala ke kuala Terengganu.bb sufi ok je kat belakang dengan mama.sekali sekala minta di angkat .

20hb ogos 2009 ( 22:00H )

-tiba di rantau abang,ingat nak behenti makan,tapi perut lum sedia lagi,teruskan perjalanan.bb sufi,tido kegembiraan,

20hb ogos 2009 ( 23:30H )

-mula masuk Bandar k.terengganu,teruskan perjalanan

21hb ogos 2009 ( 00:30H )

-melalui kerteh,last papa Nampak signboard “TUdm gong kedak”.alangkah best bb sufi kalau papa kerja kat situ,hari-hari boleh balik kg atuk.

21hb ogos 2009 ( 01:00H )

-tiba pecan machang-dah tak lama lagi nak sampai,bb sufi dan mama masih tido kepenatan.

21hb ogos 2009 ( 01:30H )

-sampai kat rumah atuk…..

Salam Ramadhan

Posted by Baby at 3:10 PM 0 comments

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

Rasanya sudah lama bb sufi tak update blog,maklumlah bb sufi dalam proses pembesaran,sepanjang bb sufi tak update blog banyak pengalaman yang bb sufi dapat,yang paling best “bb sufi balik kampong jumpa Tok Ma dan Tok pa,Tok nek dan pak cik,mak cik.Seronok sangat rasa dapat berjalan jauh.Cian papa kena drive sampai 6-7jam..Apapun dah memang tugas papa ( hehe ).

13.8.09

2 Bulan Sudah...

Posted by Baby at 9:45 PM 0 comments

13 OGOS 2009

Genaplah umur baby sufi 2 Bulan,mcm tak percaya,bb sufi makin membesar dan membesar..syabas bb sufi,sekarang bb sufi dah pandai main,menegur papa dan mama,yang paling best,botol kalau boleh 24jam melekat kat mulut pun tak pa..Anaku..makin pandai nie…Papa dan mama doakan bb sufi akan terus ceria dan sihat..tak sabar papa dengan mama nak tengok bb sufi dapat berjalan lak…tentu best kan.

11.8.09

Bb Sufi Meniarap Lagi

Posted by Baby at 10:13 PM 1 comments

BB sufi belajar meniarap semula setelah seminggu bercuti.

Tarikh Kejadian : 11 OGOS 2009

Umur : 1 bulan 4 minggu 1 hari


<

Mimpi moon....

Posted by Baby at 9:53 PM 0 comments

Inilah aksi yang sempat papa rakam,aktiviti ini berlangsung masa bb sufi menyusu untuk tidur dalam buaian..sekali papa tengok dah botol tergolek atas muka bb sufi..apa pun layanz…

Tarikh kejadian : 09 Ogos 2009

2.8.09

Vote For Giveaway

Posted by Baby at 1:30 PM 0 comments


Msej untuk

rakan

Blogger

PENCARIAN MY CUTE LIL PRINCE & PRINCESS TELAH PUN BERMULA

MARI MENGUNDI UNTUK BABY SUFI


Caranya : Klik Link Sini Dan Taip " VOTE B11"

undian bermula 01-07 Ogos 2009

Tq pada yang mengundi...

1 undi untuk 1 blogger sahaja....,semoga baby sufi berjaya..

1.8.09

Tahniah....bb sufi

Posted by Baby at 8:35 PM 0 comments

Tahniah…..

Papa dengan Mama ucapkan …bb sufi dah Berjaya meniarap dengan sendirinya pada 28hb Julai 09…Baru 1 bulan 2 minggu dah pandai…syabas bb sufi..



Gift Untuk Bb Sufi

Posted by Baby at 7:48 PM 0 comments

Salam to all,

Salam to all,

Lama rasanya bb sufi tak update blog,masa tak mengizinkan…kali nie bb sufi nak siarkan yang bb sufi dapat hamper dari tempat kerja papa.. dan bb sufi jugak dapat hadiah dari ibu aiman,thanks auntie..bertambahla koleksi hamper bb sufi..

Dari ibu aiman :-)
Hamper dari Office Papa
 

Idola Mama Dan Papa Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez