24.6.09

Mata BB sufi ...

Posted by Baby at 3:20 PM 0 comments
Hari nie..mata bb sufi makin baik.setelah bertarung hampir 7 hari lamanya.Cian papa dan mama tengok mata Bb sufi..Apapun alhamdulillah,dah makin pulih,bb sufi pun dah makin besar...tak lama lagi boleh main-main..seronoknya.

"Tali Pusat BB Sufi "

Posted by Baby at 3:12 PM 0 comments
20 jun 2009

00:30am - Tetiba Nenek panggil papa,papa ingatkan Nenek nak suruh papa ambil sesuatu,rupanya nenek bagitahu,tali pusat bb sufi dah tertanggal.kalau kira hari yang ke-8.Dah makin besar bb sufi...ya,mama tertido,penat sangat melayan kerenah bb sufi..minum tak henti-henti,semangat sungguh.

20-June-2009

Posted by Baby at 3:05 PM 0 comments
- 21:45pm = Papa,nenek,atuk membawa bb sufi ke klinik Al-Rahim untuk dapakan rawatan mata,cian bb sufi..matanya merah sangat.Doc memaklumkan lagi 2 hari datang balik untuk check lagi sekali.Doc bawa ubat mata untuk di titik 2 x setiap 2 jam.kan kesian bb sufi namanya tu..

23.6.09

Penyakit Tanpa Undangan

Posted by Baby at 2:25 PM 0 comments
19-06-09

- 22:22pm Bb sufi sakit,penyakit mata yang berjangkit di sebabkan oleh "mak cik" yang tak da "Otak" dan "sengal".Dah tahu mata tu sakit yang dia pergi main2 dengan bb sufi tu kenapa,dah la datang menyinggah tak sampai 5 minit.Nasib baik papa tak da masa tu.kalau tidak,dah tentu papa halau"makcik sengal tu".BB sufi baru 7 hari dah di bawanya penyakit.memang "gila".Papa tetap tidak dapat menerima kenyataan.

21.6.09

Berita Khas 13 June 2009

Posted by Baby at 11:45 AM 0 comments
@Tepat jam 08.36am maka dengan Izin-NYA Babysufi selamat dilahirkan,Di Hospital serdang,selangor.Jururawat yang menyambut babysufi cik Fazila yang begitu komited menjalankan tanggungjawab,sekalung tahniah dan syabas dari kami sekeluarga.Papa tidak menunggu lama untuk "Azankan" babysufi,itulah kalimah pertama yang ditiupkan ditelinga babysufi...Mudahan babysufi akan menjadi sebaik-baik hamba-NYA.

-Sejurus itu babysufi dibawa oleh nurse untuk dibersihkan sebelum di serahkan kepada mama untuk disusui.Betapa dengan kehadiran babysufi..akan menambah seri lagi kehidupan papa dan mama.Dalam jam 11:00am mama dan babysufi dibawa ke wad.Pelawat yang pertama tiba..tidak lain dan tidak bukan...Nenek dan Atuk babysufi ( mak dan abah mama ).seronok dapat tgk babysufi..

-Dan pelawat kedua sampai..Mak saudara dan bapa saudara babysufi ( Makcik Tehah dan Pakcik Aris dan keluarga ).Tak sabar untuk papa membawa balik babysufi kerumah..Papa tidak menunggu lama,petang itu juga papa minta kebenaran doktor untuk bawa babysufi balik.

-Dalam jam 20:00pm babysufi dibenarkan tinggalkan hospital..Lega mama babysufi,boring sangat dah kena tahan dalam wad katanya...

19.6.09

Posted by Baby at 2:47 PM 0 comments
 

Idola Mama Dan Papa Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez